Saturday, March 27, 2010

Adik beradik bertiga..


aperture : f/4
shutter speed : 1/60 sec.
ISO 200
program mode : Av

Takde ape yang menarik pon dengan imej yang ni..cuma aku sukakannya dari sudut aksi klasik, maksudnya boleh jadi gambar kenangan ketika besar nanti. Nampaknya kebanyakkan hasil imej aku pilih dari mode (Av) Aperture Priority, kerana imej yang di ambil menggunakan mode lain terutama program Manual masih tidak memuaskan hati maybe kerana setting aperture dan shutter yang selalu tidak tepat.

Wednesday, March 24, 2010

Gotcha!

aperture : f/4.5
shutter speed : 1/25 sec.
ISO 800
program mode : Av (aperture priority)

aperture : f/6.3
shutter speed : 1/60 sec.
ISO 200
program mode : Av

Dalam banyak banyak kategori, aku paling suka ambil gambar gelagat atau aksi orang yang mempunyai cerita. pertama imej Nadhira' yang terlelap ketika membuat kerja sekolah sambil terlentang betul betul di bawah lampu kalimantang, so begitu banyak pencahayaan di situ dan ditambah pula dengan penggunaan built-in flash. Kedua imej Danish di suap makan oleh ibu ketika majlis makan makan berhampiran sekolah.


Friday, March 19, 2010

Imej bergerak..

aperture : f/9
shutter speed : 1/200 sec.

ISO 400
program mode : Tv (time value/shutter priority)


aperture : f/6.3
shutter speed : 1/200
sec.
ISO 200

program mode : Tv (time value/shutter priority)



aperture : f/4
shutter speed : 1/100 sec.
ISO 200
program mode : Tv (time value/shutter priority)

Imej awal pergerakkan yang aku hasilkan. Sebenarnya aku masih belum meletak dengan betul setting F dan shutter speed termasuk ISO untuk ketiga tiga gambar kerana ini hanyalah try dan error sendiri tanpa tunjuk ajar experties. Sambil duduk di sebuah taman permainan aku menembak sekumpulan budak budak bermain bola dan kanak kanak di buaian. Aku sukakan imej pertama tu kerana ianya menceritakan pergerakan budak gemuk membawa bola dan rakan sekeliling yang mengejar. Tetapi imej mungkin terlalu jauh sebab aku masih menggunakan standard lens iaitu 18-55mm, aku patut tukar kepada 200mm agaknya..hehe. Gambar kedua pula aku freeze'kan aksi budak yang sedang bermain buaian dan adakah anda percaya sebenarnya kipas itu berputar dengan laju. Aku mula belajar penggunan teknik program Av dan Tv ini dari pembacaan buku manual.


Monday, March 15, 2010

Teknik wajib belajar..

aperture f/5.6
shutter speed : 1/13 sec.

ISO 400
program mode : AV (aperture value/aperture priority)


aperture : f/5
shutter speed : 1/20 sec.
ISO 400
program mode : Manual

aperture : f/5.6
shutter speed : 1/5 sec
ISO 400
program mode : AV (aperture value/aperture priority)

Ini antara imej terawal aku dengan dSLR. Imej macam ni digelar 'bokeh', di mana objek di hadapan tajam, manakala latar belakangnya blurr. Masa ni belum lagi mahir dengan setting F dan shutter speed. Tapi biler dapat hasil macam ni, bangga jugak lah sebab masa salesman Shahir tu ajar hasilkan imej mcm ni, aku tak berapa faham dan pasti, tapi balik rumah aku try n error sendiri banyak kali akhirnya menjadi juga..



Tuesday, March 9, 2010

Salam..terimalah Lensa Mata 500d


Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan ini aku memulakan fasa terbaru memblog di dunia maya dan di sini pula tempat untuk aku menyalurkan segala cerita, rasa, emosi melalui Lensa Mata 500d yang harus membebaskan aku dari belenggu stress yang menghantui hidup di pentas realiti..hahaha. Bukan bermaksud tamak, tapi blog ini perlu aku rasa supaya proses pembelajaran hasil seni fotografi yang amat aku minati ini dapat dikongsikan bersama. Disamping itu juga blog ini secara tidak langsung turut menyimpan semua memori sepanjang kehidupan yang dirakam Lensa 500d. Kata kata professional yang akan mengiringi proses pembelajaran ini adalah seperti berikut...

1. Make sure the composition is correct
2. Make sure the image is sharp and
3. Make sure the image tells a story.

Dan....dan satu lagi kata kata pro ialah seorang photographer yang bagus mesti mempunyai skill seorang penulis yang baik kerana keduanya amatlah berkait rapat.