Saturday, April 10, 2010

Gambar kahwin pertama..

aperture : f/4.5
shutter speed : 1/80 sec.
ISO 400
program mode : Manual

aperture : f/4
shutter speed : 1/80 sec.
ISO 200
program mode : Manual

aperture : f/4
shutter speed : 1/80 sec.
ISO 400
program mode : Manual
aperture : f/11
shutter speed : 1/200 sec.
ISO 400
program mode : Manual


aperture : f/7.1
shutter speed : 1/100 sec.
ISO 400
program mode : Manual


Salam semua. 2 minggu lepas aku berpeluang untuk meng'explore kebolehan kamera aku di satu majlis perkahwinan saudara sepupu dekat Air Hitam, Negeri Sembilan. Sesampai di situ terus aku mengisi perut dulu dan selepas selesai membasuh tangan, aku tanpa segan silu dan muka yang tak malu terus menghalakan lensa kepada pengantin. Beberapa keping pertama tu sangat hodoh sekali hasilnya, lagi sekali dengan muka tak malu aku mula 'mengacau' photographer sebenar yang meng'cover majlis ini sementelah dia juga menggunakan Canon iaitu model 50D. Tanpa bertanya nama, dengan selamba aku bertanya itu dan ini ketika dia sedang sibuk dan akhirnya aku berjaya mendapat setting yang betul untuk mengambil gambar. Terima kasih tak terhingga buat saudara Fariz yang tidak lokek ilmu dan aku mampu tersenyum puas dengan hasilnya selepas itu walau tak seberapa jika nak dibanding dengan hasil encik photographer yang menggunakan 50D dengan gear lengkap. Sekarang ni bro Fariz tempat aku merujuk hal fotografi dan terima kasih juga buat pengantin Wanz dan isteri yang begitu peramah sambil memperaga aksi persis model. Cuba perhatikan setting berbeza setiap gambar di atas..interesting!

No comments:

Post a Comment